Monday, June 30, 2008

Aiskrim Memang Berkhasiat! errr Betul Ker?

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya. (ehem...ehem...ehem..) adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

ok,kita sentuh pasal fakta sains sikit...
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.



Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan..

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

ok.... Apa kata anda? Jom laaaaa kita kongsi aiskrim eh...eh.. kongsi idea. berikan komen anda dibawah

Sunday, June 29, 2008

Pendedahan Rahsia Ais Krim Vanila

Assalamualaikum kawan2ku sekalian....

Hari ni sy nak berkongsi dengan peminat aiskrim tentang satu rahsia untuk membuat ais krim sendiri berperisa vanila.
Rahsia yang sangat ringkas jer. Klw nak detail sudi-sudi lah menjengok blog ni selalu.



ermmmmm........Yummy


Ais Krim Vanila

Bahan-Bahan:
2½ cawan gula halus
8 cawan susu cair
6 biji telur (dipukul) 1 tin susu pekat
3 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan semua bahan-bahan serta pukul rata-rata. Tuangkan ke dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti ais.

Selamat mencuba menjamu ais krim kesukaan anda dengan buatan tangan anda sendiri. ;)

Ops, jagn lupa, anda juga boleh berkongsi idea untuk mencurah ilmu @ pengalaman makan erhh buat ais krim di ruangan komen.

Saturday, June 28, 2008

Ais krim Boleh Jual Di Internet

Untuk jual Ais krim di internet ni. anda kena tahu buat laman web dulu.

Tp sy tak tau nak buat laman web. makan tau laa.

anda boleh upah orang untuk buat laman web anda. anda hanya jual Ais krim tu.

tapi mahal la bro nak upah laman web ni. mau abis RM500-600 gak.

ok, takper anda boleh buat sendiri laman web dengan mendapatkan panduan ebook & video yang lengkap untuk anda bina laman web jualan ais krim anda. Anda

ok, anda boleh dapatkan panduan untuk membuat laman web jualan di sini.

Gambar Ais Krim... Makan Ramai2

Waw bestnya makan ais krim ni. siap berhimpun lagi makan aiskrim tu.

ni mesti nak sorok kat anak2. takut kantoi :)

ni gambar kantoi yang makan ais krim

Salam Perkenalan Dari Webmaster Blog Ni

Ni adalah blog mengenai Panduan Buat Duit Dengan Ais Krim yang disukai ramai :)

ops lupa nak bagi salam... Assalamualaikum kawan2 sekalian.

Sebelum sy ceritakan dengan panjang lebar, izinkan saya perkenalkan diri ini sebgai webmaster Blog ni. sy dipanggil Aminbeb

Ok, blog ini akan menceritakan panduan bagaimana anda boleh buat duit dengan Ais Krim.

Panduan Buat Duit Dengan Ais Krim

Ya, anda boleh buat duit dengan makanan kegemaran anda ini. Yer ker aminbeb.
Sebenarnya, apa saja yang ada dalam dunia ni boleh buat duit jika anda tengok sesuatu benda tu dari sudut yang berbeza.

Anda hanya perlu kreatif untuk menukarkan barang atau benda tu menjadi duit.