Monday, July 21, 2008

Ais krim putar

Kepopularan aiskrim dan ais putar sudah tidak dipandang pelik. Jika dulu untuk menikmati aiskrim ini harus pergi ke restoran atau gerai-gerai di pasaraya , kini aiskrim dengan mudah didapati di seluruh penjuru kawasan. Bahkan kini membuaf aiskrim atau ais putar untuk ahli keluarga pun tidak lagi hanya menjadi impian. Dengan menambahkan pengetahuan dan teknik membuatnya yang banyak diterangkan di dalam buku ini, anda juga dapat menjadi mahir dalam membuat kedua-dua jenis pencuci mulut tersebut.
Dalam buku ini anda akan memperolehi rahsia pembuatan aiskrim dengan cara yang paling sederhana, iaitu secara manual dengan menggunakan mixer atau blender, atau dibekukan di dalam freezer atau ruang beku di dalam peti ais.

Sunday, July 6, 2008

Makanlah Ais Krim Ciptaan Sendiri!

Assalamualaikum & Salam sejahtera kawan2,

Apa kabar kawan2 ku sekalian, pembaca blog ni. Saya doakan anda sentiasa sihat dan berjaya...... bersama ais krim ;)

saya selalu ke kedai memerhatikan ais krim mana yang best2 untuk saya cuba. Aritu saya ke pasaraya Giant seksyen 13 Shah Alam, saya teringin untuk mencuba ais krim lantas saya terus beli dan makan err buat eksperimen camner untuk jadikan aiskrim yang macam saya beli ni.

Baiklah sebenarnya saya nak kongsi satu lagi rahsia untuk buat ais krim sendiri. ok ni bahan-bahannya:

Dutch Lady Fresh Milk (Yang dalam kotak)

King’s Vanilla / Chocolate Chip / Cookies n’ Cream Ice Cream
Nestle Koko Crunch
Nestle Fitness Cereal

Gambarrajah dia lebih kurang macam ni:


setelah di bancuh dan disejukbekukan maka siaplah ais krim anda sendiri. Jadi sila namakan ais krim anda ini dengan nama anda. sebab anda sendiri yang cipta ais krim ni.
sy yang buat asi krim ni pun tak tau nak letak nama apa.

ok jemputla menjamnu ais krim

Monday, June 30, 2008

Aiskrim Memang Berkhasiat! errr Betul Ker?

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya. (ehem...ehem...ehem..) adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

ok,kita sentuh pasal fakta sains sikit...
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.



Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan..

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

ok.... Apa kata anda? Jom laaaaa kita kongsi aiskrim eh...eh.. kongsi idea. berikan komen anda dibawah

Sunday, June 29, 2008

Pendedahan Rahsia Ais Krim Vanila

Assalamualaikum kawan2ku sekalian....

Hari ni sy nak berkongsi dengan peminat aiskrim tentang satu rahsia untuk membuat ais krim sendiri berperisa vanila.
Rahsia yang sangat ringkas jer. Klw nak detail sudi-sudi lah menjengok blog ni selalu.



ermmmmm........Yummy


Ais Krim Vanila

Bahan-Bahan:
2½ cawan gula halus
8 cawan susu cair
6 biji telur (dipukul) 1 tin susu pekat
3 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan semua bahan-bahan serta pukul rata-rata. Tuangkan ke dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti ais.

Selamat mencuba menjamu ais krim kesukaan anda dengan buatan tangan anda sendiri. ;)

Ops, jagn lupa, anda juga boleh berkongsi idea untuk mencurah ilmu @ pengalaman makan erhh buat ais krim di ruangan komen.

Saturday, June 28, 2008

Ais krim Boleh Jual Di Internet

Untuk jual Ais krim di internet ni. anda kena tahu buat laman web dulu.

Tp sy tak tau nak buat laman web. makan tau laa.

anda boleh upah orang untuk buat laman web anda. anda hanya jual Ais krim tu.

tapi mahal la bro nak upah laman web ni. mau abis RM500-600 gak.

ok, takper anda boleh buat sendiri laman web dengan mendapatkan panduan ebook & video yang lengkap untuk anda bina laman web jualan ais krim anda. Anda

ok, anda boleh dapatkan panduan untuk membuat laman web jualan di sini.

Gambar Ais Krim... Makan Ramai2

Waw bestnya makan ais krim ni. siap berhimpun lagi makan aiskrim tu.

ni mesti nak sorok kat anak2. takut kantoi :)

ni gambar kantoi yang makan ais krim

Salam Perkenalan Dari Webmaster Blog Ni

Ni adalah blog mengenai Panduan Buat Duit Dengan Ais Krim yang disukai ramai :)

ops lupa nak bagi salam... Assalamualaikum kawan2 sekalian.

Sebelum sy ceritakan dengan panjang lebar, izinkan saya perkenalkan diri ini sebgai webmaster Blog ni. sy dipanggil Aminbeb

Ok, blog ini akan menceritakan panduan bagaimana anda boleh buat duit dengan Ais Krim.